fbpx
Imbas semula. Pasukan penyiasat membuat pemeriksaan ke atas trak yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan sembilan angota FRU meninggal dunia di Teluk Intan baru-baru ini.

Tauke lori patut dipenjara, denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada pengusaha atau syarikat pemilik lori sekiranya kenderaan milik mereka terbabit dalam kemalangan sehingga membawa maut.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Pesara Pegawai Rendah Polis Negeri Kelantan, Mohd. Nordin Yaakub berkata, kerajaan juga diminta agar tidak mende­ngar sebarang alasan oleh pengusaha syarikat kenderaan berat selain mengheret mereka ke mahkamah.

Menurutnya, desakan itu turut melibatkan pihak mahkamah apabila jangan sesekali mengurangkan kadar saman atau denda kepada syarikat dan pemandu yang terbabit.

“Pihak mahkamah perlu menjatuhkan hukuman yang paling maksimum agar dapat memberi pengajaran kepada pengusaha lori atau treler.

“Saya juga meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kenderaan berat yang membawa muatan melebihi daripada had yang ditetapkan. Jangan beri muka,” katanya ketika dihubungi.

Mohd. Nordin memberitahu, apabila berlaku kemalangan yang melibatkan maut, pelbagai alasan yang diberikan termasuk brek tidak berfungsi, tayar pecah atau pelbagai kerosakan yang dialami.

Katanya, pihak syarikat seharusnya bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku dan pihak majikan turut patut diheret sekali ke mahkamah.

“Pemandu kenderaan berat perlu menggunakan laluan yang diluluskan oleh kerajaan dan jangan sekali menggunakan laluan pintas bagi mengelak berlakunya kemalangan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN