fbpx

Isu kontrak tak ganggu Pearly-Thinaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY dan Thinaah bersedia untuk memberikan aksi terbaik untuk memburu gelaran kedua di Malaysia Masters selepas merangkul kejuaraan di Terbuka Thailand.

BEREGU wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M.Thinaah tidak terganggu dengan isu kontrak yang masih belum selesai menjelang aksi pertama mereka pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula hari ini.

Sebaliknya, pasangan No. 4 dunia itu hanya mahu memberikan sepenuh fokus terhadap kejohanan Jelajah Dunia Super 500 tersebut, terutamanya selepas muncul juara Terbuka Thailand di Bangkok kelmarin.

Biarpun badan masih penat kerana beraksi di perlawanan akhir Terbuka Thailand, namun aksi di laman sendiri menjadi pembakar semangat buat mereka untuk meneruskan rentak cemerlang itu.

“Sudah tentu kami rasa sangat teruja untuk bermain di gelanggang sendiri. Apa yang penting adalah kami hanya mahu berikan yang terbaik kerana kemenangan sebelum ini sudah pun menjadi sejarah.

“Kami tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri, jadi kami akan berikan fokus terhadap satu demi satu perlawanan dan menantikannya,” kata Thinaah ketika ditemui selepas sesi uji gelanggang di Axiata Arena semalam.

Menjelang pusingan pertama nanti, Pearly-Thinaah dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk melangkah ke pusingan kedua apabila dijadualkan bertemu beregu Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying.

Dalam pada itu, kedua-dua pemain berkenaan mengambil pendekatan mengunci mulut ketika ditanya mengenai masa depan mereka bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas membawa pulang gelaran Terbuka Thailand.

Sebagai rekod, langkah Pearly-Thinaah pada Malaysia Masters tersekat di separuh akhir selepas tewas kepada beregu Korea Selatan, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan menerusi aksi straight set 16-21, 11-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI