fbpx

‘Jaga macam kereta sendiri, jangan panjat!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah syarikat kereta sewa di Langkawi mengingatkan pelanggannya untuk menjaga kereta sewa dengan baik dan tidak memanjat kenderaan tersebut.

PETALING JAYA – Sebuah syarikat kereta sewa mengingatkan pelanggan agar menjaga kenderaan yang disewa dengan penuh tanggungjawab, ibarat menjaga kereta milik sendiri terutama penggunaan sepanjang Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Kata pemilik akaun @Kereta Sewa Langkawi itu, pelanggan diminta menggunakan kenderaan dengan cermat dan menghubungi pihak mereka segera sekiranya berlaku sebarang masalah.

Menurut pengendali akaun itu, pihak syarikat telah beberapa kali berdepan kerosakan pada bahagian bumbung dan badan kenderaan akibat tindakan tidak bertanggungjawab seperti memanjat atau berdiri di atas kereta.

“Hai! Mohon tolong jaga kereta sewa ni elok-elok macam kereta sendiri ya. Jangan panjat atau berdiri atas kereta, sayang weh cat dan bumbung dia. Gunakan dengan cermat.

“Kalau ada apa-apa masalah atau apa-apa jadi, terus je hubungi kami. Terima kasih sebab pilih kereta sewa kami, semoga perjalanan korang (anda) seronok dan selamat sampai ke destinasi,” katanya.

LIMA’25 yang berlangsung di Langkawi bermula hari ini hingga 24 Mei dijangka menyaksikan peningkatan ketara dalam permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan termasuk kereta sewa, sekali gus memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk mempertingkatkan perkhidmatan serta kesedaran pengguna terhadap kepentingan menjaga harta awam.

Pameran antarabangsa ini merupakan anjuran bersama antara Kementerian Pertahanan dengan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) yang memberi penekanan pada inovasi dan peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar perkembangan teknologi semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI