JAKARTA – Seekor ular sawa gergasi sepanjang 6.5 meter (21.3 kaki) ditemui penduduk kampung sedang menelan seekor lembu dalam kejadian di Sidenreng Rappang, wilayah Sulawesi Selatan, lapor portal berita Detikcom hari ini.
Reptilia itu kemudian dibunuh penduduk Desa Betao Riase.
“Ya, seekor lembu milik penternak ditelan oleh ular sawa,” kata Setiausaha Desa Betao Riase, Risno.
Penternak melihat ular tersebut sedang menelan lembu miliknya ketika dia berjalan menuju ke kebun baru-baru ini.
Dia kemudian memanggil penduduk setempat untuk membantu mengeluarkan lembunya dengan cara membunuh ular tersebut.
Namun, lembu itu sudah mati ditelan ular tersebut. – AGENSI