fbpx

[VIDEO] Proton X90 hentam gerai buah, peniaga luka elak dirempuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gerai buah-buahan milik Abd. Ghani Omar yang dirempuh oleh sebuah kenderaan Sanglang, di Pontian, hari ini.

PONTIAN – Seorang warga emas mengalami kecederaan apabila terkena besi ketika menyelamatkan diri ketika gerai buah miliknya dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X90 dalam kejadian di Sanglang, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.27 pagi itu, mangsa, Abd. Ghani Omar, 64, terselamat dan hanya mengalami kecederaan luka pada bahagian tangan.

Menurut kakak mangsa, Latifah, 66, dia terkejut sejurus menerima perkhabaran yang berlaku ke atas adiknya dan terus bergegas pulang ke Pontian dari rumahnya di Senggarang, Batu Pahat.

“Ketika kejadian, mujur adik saya sempat menyelamatkan diri ketika sebuah SUV Proton X90 terbabas menyusur laju merempuh gerai di tepi jalan milik adik. Dia luka pada kedua-dua tangan sebab terlanggar besi ketika lari menyelamatkan diri semasa kejadian.

“Syukur dia selamat sebab dia pon mata tak berapa nampak, kabur sebab ada kencing manis,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video di laman sosial mengenai kejadian tersebut yang menunjukkan sebuah kenderaan merempuh masuk ke gerai buah-buahan namun pemandunya tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Mohammad Shofee Tayib ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI