fbpx

Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik ‘mandi peluh’ sebelum juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERBUKA Thailand menjadi gelaran kedua buat Aaron-Wooi Yik musim ini selepas mereka turut memenangi Kejohanan Badminton Asia bulan lalu. - AFP

KUALA LUMPUR – Aksi sukar dihadapi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebelum bergelar juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang berlangsung di Bangkok.

Pada aksi final di Stadium Nimibutr sebentar tadi, bekas juara dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 20-22, 21-17, 21-12 ke atas beregu Denmark, Christian Kjaer-William Kryger Boe.

Turun dengan status sebagai pilihan kedua kejohanan, Aaron-Wooi Yik tersentak seketika apabila tewas 20-22 di set pertama meskipun pada awalnya mendahului 16-13.

Bagaimanapun, mereka yang masih segar dengan kejayaan muncul juara Asia bulan lalu kembali memperkemaskan permainan dan berjaya memenangi dua set berikutnya bagi meraih gelaran kedua musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melebarkan rekod kepada dua kemenangan ke atas Kjaer-Boe selepas turut menewaskan gandingan tersebut pada kejohanan Indonesia Masters Januari lalu.

Selaku juara, Aaron-Wooi Yik menerima hadiah wang tunai AS$37,525 (RM161,207) berserta trofi dan pingat manakala Kjaer-Boe meraih AS$18,050 (RM77,542) dan pingat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI