fbpx

‘Ada rakan mahu jamin pemandu lori batu, mungkin esok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ketika dibawa ke mahkamah sebelum ini.

TELUK INTAN – Dakwaan mengatakan pemandu lori muatan batu yang terbabit kemalangan mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu telah dibebaskan dengan jaminan adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, masih ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

“Setakat ini, dia masih berada dalam lokap IPD Hilir Perak. Difahamkan, ada rakannya yang mahu membayar ikat jamin.

“Mungkin esok kerana proses jamin dan urusan keluar masuk OKT (orang kena tuduh) ini hanya boleh dilakukan pada waktu bekerja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Bakri, sekiranya tiada jaminan yang diterima oleh pihak mahkamah, tertuduh akan dihantar menjalani reman penjara di Pusat Koreksional Batu Gajah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI