fbpx

Iklan tawaran dapatkan semula wang ditipu palsu – JSJK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada sebarang perkhidmatan atau tawaran dibuat bagi mendapatkan semula wang ditipu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah berkata, tiada sebarang iklan dikeluarkan jabatan itu bagi perkhidmatan mendapatkan semula wang ditipu.

Beliau berkata, pihaknya telah mengesan hantaran iklan di laman sosial Facebook yang menawarkan perkhidmatan itu melalui pautan
https://www.facebook.com/61552810464655/posts/122189460200093682/?mibextid =wwXIfr&rdid=t5j2k45dOxwK9Gfy#

“Iklan itu dikesan turut mengandungi logo PDRM serta perkataan Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID).

“Adalah dimaklumkan, pihak JSJK tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iklan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammed berkata, perkhidmatan yang ditawarkan adalah palsu dan satu cubaan penipuan.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan tawaran yang diberikan,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI