fbpx

Arnold dah jangka layanan buruk peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPUTUSAN Arnold enggan menyambung kontrak sukar diterima oleh peminat Liverpool. - AFP

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Virgil van Dijk masih belum dapat menerima hakikat pemain pertahanan kanan berpengaruh, Trent Alexander-Arnold akan meninggalkan pasukan itu sebaik saingan musim ini berakhir.

Arnold dicemuh hampir kesemua penyokong di Anfield ketika masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan menentang Arsenal, Ahad lalu selepas dia mengumumkan secara terbuka tidak akan menyambung kontrak bersama Liverpool.

Van Dijk berkata, meskipun tidak gembira dengan layanan diterima Arnold, namun dia tetap menganggap tonggak antarabangsa England itu sudah dapat menjangka apa akan berlaku sebaik mengumumkan perkata tersebut.

“Saya bersetuju dengan pengurus (Arne Slot) bahawa pasukan tidak boleh buat keputusan mengenai masa depan seseorang yang memikirkan mengenai diri serta keluarganya. Kami menghormati keputusannya.

“Reaksi (cemuhan penyokong) itu sudah berlaku dan dia (Arnold) perlu berdepan dengan keadaan tersebut. Kami sebagai satu pasukan juga perlu berdepan dengan situasi ini tetapi saya fikir dia memang sudah jangkakannya,” katanya.

Difahamkan, pemain berusia 27 tahun itu dikatakan sudah bersetuju menyertai Real Madrid secara percuma pada jendela perpindahan musim panas nanti selepas gergasi La Liga itu beberapa kali cuba mendapatkan khidmatnya sebelum ini.

“Sudah tentu kami kecewa dia tidak bersama lagi di sini musim depan kerana Arnold merupakan pemain yang hebat. Kami akan merinduinya tetapi masih ada dua lagi perlawanan musim ini,” ujar Van Dijk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI