fbpx

Komander SMART didenda RM7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairul ketika diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM5,000, awal bulan ini.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhi denda itu selepas tertuduh, Mohd. Khairul Jamil, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

Mohd. Khairul didakwa sebagai penjawat awam telah menerima wang tunai berjumlah RM5,000 daripada seorang lelaki berusia 35 tahun tanpa balasan yang diketahuinya mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai iaitu Komander SMART di Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Kesalahan itu dibuat di sebuah restoran di Taman Putra Prima, Puchong pada pukul 11.33 malam, 5 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmaa’ Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tindakan seorang komander sebuah agensi ‘mengepau’ seorang kontraktor sebanyak RM5,000 untuk memperakukan kerja-kerja pembekalan membawa padah direman selama lima hari bermula 6 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI