fbpx

Nepal jadi mangsa libasan Khairul Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIBASAN Khairul Aman berjaya memastikan kemenangan Malaysia ke atas Nepal pada Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. Foto: SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Skuad regu sepak takraw negara membuka tirai kempen Kumpulan D saingan Piala Asia 2025 dengan langkah kanan apabila mudah menundukkan Nepal menerusi kemenangan straight set 15-6, 15-6 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Malaysia yang menurunkan trio berpengalaman Muhammad Haziq Hairul (tekong) Nizam, Farhan Adam (apit kiri) dan Khairul Aman Mohd. Rosdi (perejam) tidak berdepan masalah menundukkan lawan.

Aksi bertenaga ditampilkan Khairul Aman nyata gagal dibendung barisan pemain Nepal apabila 14 libasan pemain kelahiran Terengganu itu gagal dipatahkan pasukan Asia Selatan sehingga menyumbang mata demi mata buat Malaysia.

Nepal yang menurunkan Bijay Mahato, Dipesh Jung Thapa dan Anil Jarga Magar seakan-akan membiarkan kemenangan menjadi Malaysia selepas tidak berupaya mencari mata kebangkitan pada aksi pembukaan tersebut.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Ahmad Mohd. Zin mengutip kemenangan bersih 2-0, sekali gus memberi tonik terbaik menjelang aksi kedua menentang Singapura di gelanggang sama pada pukul 8 malam ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI