fbpx

‘Wujud PKR disebabkan insiden atas tubuh Anwar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi Februari 2025 di Kompleks Setia Perkasa hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA- Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution tidak bersetuju dengan naratif dibawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli kononnya kekalahan Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan nanti seperti penolakan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau menyanggah kenyataan dibuat Rafizi itu kerana wujudnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri disebabkan insiden yang berlaku ke atas tubuh Anwar pada September 1998.

Menurutnya, beliau percaya 29,000 anggota parti yang akan mengundi dalam pemilihan parti pada 24 Mei ini sedang meneliti naratif itu sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Saya tak melihat begitu (jika Nurul Izzah kalah berlaku penolakan kepada Anwar). Wujudnya parti (PKR) ini disebabkan insiden yang berlaku ke atas tubuh badan dia (Anwar).

“Dalam tempoh itu, dia (Anwar) sudah 11 tahun masuk penjara dan kalau soal ditohmah, dimaki hamun dan diaib ini, tiada manusia yang telah melalui perkara itu,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Berhubung gesaan Rafizi supaya anggota parti memilih Nuzul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan nanti, Saifuddin berkata, beliau menyifatkan gesaan itu sebagai sesuatu yang ‘unik’.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI