fbpx

Perancangan besar menanti JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain JDT bergambar bersama empat trofi dimenangi pada saingan Liga Malaysia musim ini.

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mula menzahirkan cita-citanya untuk memacu pasukan itu menjadi lebih baik pada saingan akan datang.

Tunku Mahkota Ismail juga menggariskan tiga elemen penting yang wajar dititikberatkan iaitu disiplin diri, motivasi dan kekal dengan sikap syukur atas apa jua kejayaan diraih pasukannya.

“Jika kamu ada target dan kita tidak mampu capai 100 peratus seperti diharapkan, bagi saya 50 peratus adalah lebih baik. Pada akhirnya apabila ia berkisar tentang sukan, ia berkisar kepada perkembangan dalam apa juga faktor.

“Ia tentang kemajuan untuk bergerak ke depan, bukannya tentang secepat mana kami capai kerana ia bukan (berkaitan) kelajuan tetapi ia adalah perjalanan,” katanya menerusi satu video yang dikongsikan oleh legenda ragbi New Zealand All Black, Sonny Bill Williams.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail turut menzahirkan kegembiraan apabila Harimau Selatan berjaya layak ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini walaupun hanya berbekalkan bajet kecil berbanding pencabar-pencabar lain.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui perbelanjaan JDT adalah paling rendah ketika kelab-kelab lain dilaporkan menelan ratusan jutaan ringgit seperti gergasi Arab Saudi, Al-Hilal yang sanggup berbelanja hampir RM1 bilion.

Sebagai rekod, Harimau Selatan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Elit (ECLE) selepas berada di tangga ketiga peringkat kumpulan sebelum hanya tewas tipis 0-1 kepada juara Thailand, Buriram United di pusingan 16 terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI