fbpx

Watkins cipta rekod gol terbanyak Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS (tengah) meledak gol tunggal menewaskan Bournemouth di Stadium Vitality awal pagi semalam. - AVFC

BIRMINGHAM – Ollie Watkins kembali membuktikan nilainya di Aston Villa apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kelab itu dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth awal pagi semalam.

Jaringan ke-75 Watkins dalam kancah EPL menyaksikan dia memintas rekod terdahulu milik legenda Villa, Gabby Agbonlahor sekali gus mengesahkan statusnya sebagai tonggak utama skuad Unai Emery.

“Saya dah cakap dari awal, inilah sasaran saya. Bila tengok nama-nama yang pernah main untuk kelab ini, saya rasa bangga dapat berada di puncak,” kata Watkins.

Ironinya, hanya sebulan lalu Watkins secara terbuka meluahkan rasa kecewa kerana kurang diberi peluang bermain dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Emery selepas disisihkan dalam beberapa perlawanan penting.

Namun, selepas pemergian John Duran ke Al-Nassr dan kecederaan Marcus Rashford yang dipinjam dari Manchester United, Watkins kembali ke kesebelasan utama dan menyinar.

“Dia layak mencapai rekod ini. Dia bekerja keras, komited dan sentiasa berani. Saya sangat bersyukur ada pemain seperti dia,” kata Emery.

Watkins kini menjadi penjaring terbanyak EPL untuk Villa, mengatasi nama besar seperti Dwight Yorke, Dion Dublin serta Juan Pablo Angel dan mencatat sekurang-kurangnya 10 gol liga dalam lima musim berturut-turut sejak berhijrah dari Brentford pada 2020.

Selepas bidaan £40 juta (RM228.4 juta) Arsenal ditolak dan tempatnya dirampas Rashford, Watkins hampir meninggalkan Villa, namun kecederaan lawan seposisinya membuka peluang semula sebelum untuk Watkins membalasnya dengan aksi luar biasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI