fbpx

Berang wanita sombong, jurulatih ugut simbah asid ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Polis menahan seorang jurulatih yang disyaki melakukan ugutan untuk menyimbah asid terhadap seorang wanita di sebuah gim kesihatan di Taman Melawati, di sini, pada 22 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian pada pukul 2 petang itu berlaku ketika pengadu berusia 31 tahun sedang berehat di premis terbabit.

“Suspek dipercayai menegur dan berbual kecil dengan pengadu sebelum berkata jangan sombong sekiranya tidak mahu disimbah asid dan terus beredar daripada situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di pekarangan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sekitar pukul 3.33 petang pada Isnin lalu.

Menurutnya, hasil ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine dan Delta-9 tetrahydrocannabinol (THC).

“Kes dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

“Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ampang Jaya, semalam dan mengaku bersalah sebelum dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM300 oleh seorang penjamin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI