fbpx

Peniaga Kuala Krai ikut peraturan KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Kuala Krai melakukan pemeriksaan di salah sebuah premis perniagaan di Kuala Krai hari ini.

KUALA KRAI – Tiada sebarang kompaun dikeluarkan kepada peniaga di Kuala Krai berkaitan kesalahan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Cawangan KPDNHEP Kuala Krai, Sulaiman Derahim berkata, situasi itu menunnukkan bahawa tahap pematuhan para peniaga di daerah itu berada pada tahap terbaik.

Katanya, sebanyak 453 premis perniagaan telah diperiksa oleh agensi berkenaan sejak PKP dilaksanakan pada 16 Januari lalu.

“Setakat ini, tiada sebarang perlanggaran undang-undang bawah bidang kuasa pihak kami dikesan berlaku di Kuala Krai.

“Jadi, saya harap para peniaga terus patuh kepada peraturan yang telah sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sulaiman memberitahu, KPDNHEP Kuala Krai tidak akan berkompromi dengan pihak atau individu yang dikesan melanggar peraturan.

Katanya, pemeriksaan berkala sentiasa dilakukan bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan sepanjang PKP sehingga 18 Februari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI