fbpx

Liga Europa: Spurs harapkan pengalaman Postecoglou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS perlu turun beraksi di atas padang yang menggunakan rumput tiruan ketika berdepan Bodo/Glimt di Stadium Aspmyra awal pagi esok. - AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou percaya bermain di atas padang tiruan tidak akan memberi kesan besar kepada pemainnya untuk berdepan Bodo/Glimt pada aksi kedua separuh akhir Liga Europa awal pagi esok.

Aksi akan berlangsung di Stadium Aspmyra yang menggunakan rumput tiruan, tetapi Postecoglou bertegas dia sudah ada pengalaman untuk mengatasi setiap kesukaran yang bakal dihadapi.

“Perlawanan ini akan dilangsungkan di atas rumput tiruan tetapi ia masih lagi dipanggil bola sepak. Saya pernah berada di sana ketika bersama Celtic, jadi saya ada pengalaman dan tahu apa yang penting buat kami.

“Tanpa mengira apa juga jenis permukaan padang, jika kami kekal berdisiplin dan bermain sebagai satu pasukan sama ada ketika mengawal bola atau pun sebaliknya, saya yakin kami adalah pasukan yang sukar untuk disekat,” katanya.

Ketika ini Spurs dilihat sebagai calon pilihan untuk mara ke final selepas meraih kemenangan agak selesa 3-1 pada perlawanan pertama, minggu lepas.

Sekiranya berjaya ke perlawanan akhir, ia akan menjadikan pentas final pertama buat Spurs dalam tempoh enam tahun selepas kali terakhir melakukannya ketika bergelar naib juara Liga Juara-Juara pada 2019.

“Saya tidak fikir satu gol pasukan lawan akan jejaskan keyakinan kami. Apa yang kami mahukan adalah berada pada kedudukan baik untuk menuju pada posisi terbaik,” katanya. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI