fbpx

Presiden Maldives adakan sidang akhbar 15 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muizzu bercakap semasa maraton sidang akhbar di Male, 3 Mei lalu. - AFP

MALE – Presiden Maldives, Mohamed Muizzu berucap pada sidang akhbar selama hampir 15 jam sekali gus memecahkan rekod yang sebelumnya dipegang oleh rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Muizzu, 46, memulakan maraton sidang akhbar pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) Sabtu lalu, dan ia berlanjutan selama 14 jam 54 minit. Beliau berhenti seketika untuk menunaikan solat, demikian menurut pejabatnya dalam satu kenyataan.

“Sidang akhbar berlanjutan sehingga lewat tengah malam. Ia merupakan rekod dunia baharu oleh seorang presiden ketika beliau terus menjawab soalan daripada wartawan,” kata kenyataan itu.

Kerajaan negara kepulauan di Lautan Hindi itu berkata, sesi maraton sidang akhbar Muizzu bertepatan dengan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut Sabtu lalu.

Dalam sesi yang panjang itu, Muizzu turut menjawab soalan yang dikemukakan oleh orang awam melalui wartawan dengan kira-kira 24 pemberita hadir.

Pada Oktober 2019, Agensi Rekod Kebangsaan Ukraine berkata, sidang akhbar selama 14 jam yang dilakukan Zelensky telah menumpaskan rekod dipegang oleh Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dengan kelebihan tujuh jam.

Muizzu yang mula berkuasa pada 2023, turut menyaksikan Maldives meningkatkan kedudukannya sebanyak dua anak tangga ke kedudukan ke-104 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2025 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF). – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI