fbpx
JAZRIANAH sentiasa bekerja keras mencapai cita-citanya demi mengubah nasib keluarga di Semporna.

Jazrianah kerja sambilan untuk masuk U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAHIR daripada latar belakang keluarga yang serba kekurangan bukan penghalang buat gadis kelahiran Semporna, Jazrianah Jumaadi untuk mengejar cita-citanya sehingga ke menara
gading.

Malah, gadis berusia 21 tahun ini juga sanggup bekerja sambilan termasuk di premis berkaitan pakaian dan butik demi mencari sumber pendapatan bagi menampung kos pengajiannya dalam Sarjana Muda Pengurusan Teknologi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dia yang kini baharu berada di tahun pertama pengajian mengakui, hanya dengan berusaha keras mampu memberi peluang kepadanya untuk meneruskan pengajian memandangkan kesusahan yang ditanggung ibunya selaku ibu tunggal.

Kepada Kosmo! Ahad, Jazria­nah mencurahkan isi hati mengenai diri serta harapan masa hadapan kepada keluarga kesa­yangannya.

KOSMO! AHAD: Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda?
Jazrianah: Saya merupakan anak bongsu daripada lima beradik, ayah sudah meninggal dunia pada tahun 2022 dan ibu pula suri rumah sepenuh masa .
Namun sejak kecil, saya tinggal dan membesar bersama keluarga angkat iaitu bapa saudara sendiri dan saya merupakan anak sulung dalam keluarga angkat saya.

Apakah persediaan awal sebelum melanjutkan pengajian di UTHM?
Ketika orang lain sibuk membuat persiapan melanjutkan pengajian, saya pula memilih untuk bekerja sambilan di pekan Semporna sebagai pekerja di sebuah butik pakaian dengan gaji RM600 sebulan.
Selesai dua bulan bekerja di butik, saya kemudian menjadi pembantu di sebuah restoran dengan gaji RM800 sebulan. Semua duit yang peroleh itu bukan semata-mata untuk pengajian, tetapi dikhususkan untuk per­belanjaan ibu selama saya tiada di sini.

Selain duit gaji, dari sumber mana anda dapatkan perbelanjaan untuk memulakan perjalanan ke menara gading ini?
Alhamdulilah, saya mendapat biasiswa daripada Kementerian Pendidikan (KPM) selain bantuan awal daripada keluar­ga angkat.

Adakah anda masih bekerja sambilan sepanjang berada di universiti?
Dalam masa terdekat ini, saya akan mencari pekerjaan sambilan di sekitar kawasan terdekat dengan pusat pengajian, namun hanya dilakukan pada cuti hujung minggu atau cuti umum.
Jika ada lebih pendapatan daripada hasil bekerja sambilan itu nanti, saya akan kirimkan kepada ibu.

Apa pula azam anda selepas menamatkan pengajian nanti?
Terlebih dahulu saya mahu cari kerjaya yang sesuai bagi membolehkan ibu dapat menjalani kehidupan lebih selesa pada masa akan datang.
Jika diizinkan dan layak, selepas itu baru saya mahu me­lanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana.
Saya perlu menjadi contoh kepada adik-adik dan percaya ha­nya dengan ilmu dapat mengubah kehidupan kami.

Siapa anda dan apa warna kegemaran?
Sejujurnya saya boleh dikatakan sebagai seorang yang introvert, pemalu dan kurang bergaul. Namun akan cepat mesra selepas saling kenal dan mengetahui hati
budi. Warna pilihan saya adalah putih kerana melambangkan kesucian hati budi seseorang.

Ciri-ciri lelaki pilihan?
Pilihan utama seorang wanita untuk mempunyai seorang teman lelaki pastinya dia seorang yang bertanggungjawab selain mampu mempertahankannya dalam apa juga
keadaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN