fbpx
Fadhlina meninjau lokasi kebakaran asrama SMK Tinggi Setapak, malam tadi.

‘Lega hati saya tiada murid atau guru tercedera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan kesyukuran tiada pelajar atau murid tercedera dalam kebakaran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, malam tadi.

Menurutnya, beliau telah meninjau keadaan blok asrama yang terbakar dan mengarahkan supaya kerja baik pulih dilaksanakan segera.

“Lega hati saya apabila mengetahui tiada murid atau guru yang tercedera akibat insiden kebakaran asrama SMK Tinggi Setapak malam tadi. Semuanya berada dalam keadaan selamat.

“Saya sendiri telah meninjau keadaan blok asrama yang terbakar dan mengarahkan supaya kerja baik pulih dilaksanakan segera.

“Buat sementara, murid terjejas akan ditempatkan di asrama lain yang berdekatan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Fadhlina berkata, buku dan kelengkapan sekolah yang musnah akan segera digantikan bagi memastikan pembelajaran pelajar terlibat tidak tercicir.

Kata beliau, guru yang terjejas pula akan diberi bantuan segera untuk meringankan beban mereka.

“Saya minta pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelaras setiap keperluan diperlukan murid dan guru terjejas.

“Saya pastikan kesejahteraan dan kebajikan murid dan guru yang terjejas akan sentiasa dipelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN