fbpx

[VIDEO] Tiang ajaib jadi pilihan guru siapkan tugasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan tiang ini dikatakan sebagai tempat dengan liputan internet paling kuat di seluruh sekolah.

PETALING JAYA – Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pulau Banggi di Kudat, Sabah menjadi lokasi tumpuan guru-guru untuk mendapatkan capaian internet kerana terdapat tiang telekomunikasi.

Perkara itu dikongsikan oleh @Muslimvolunteermalaysia yang memaklumkan ia merupakan lokasi paling kuat liputan internet.

Oleh itu, para guru memilih lokasi itu untuk menyelesaikan tugasan penting yang memerlukan capaian internet pantas.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif oleh netizen yang berkongsikan pengalaman serupa.

“Biasa guna di Sarawak dulu. Sekolah (tempat) kawan saya siapa ada bakul, taip mesej yang hendak dihantar kemudian tarik tali sampai atas (tiang) baru mesej tersebut keluar (dihantar) masuk (terima),” kongsi @Mhanes.

“Kami dah laluinya. Ada kawan kena naik (daki) bukit belakang sekolah semata-mata nak berhubung dengan keluarga,” kata @Zulnad.

“Semasa mengajar di Perlis. Sekolah itu (terletak) dekat sempadan Thailand. Bangunan hujung paling dekat dengan sempadan tiada ‘line’,” kata @Mohdafiq362. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI