Sanggup mengintip dan merakam gambar atau video, bahkan wanita hamil turut menjadi mangsa kepuasan seksual mereka. - Gambar hiasan

Lelaki ‘gila’ wanita mengandung perlu dirawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini, tular kejadian seorang pelajar universiti ‘kantoi’ merakam gambar wanita termasuk ibu mengandung dan berpurdah.

Perbuatan lelaki itu terbongkar selepas dia ‘ditahan’ suami wanita yang menjadi mangsa rakaman pelajar tersebut di sebuah pasar raya di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan itu bersemuka dengan pelajar itu dan pemeriksaan terhadap telefon bimbitnya mendapati ada pelbagai gambar dan video wanita dirakam oleh suspek.

Lebih menakutkan, pelajar itu mengaku mempunyai kecenderungan untuk merakam wanita mengandung sebagai ‘stok’ untuk kepuasan peribadi.

Nampak pelik, namun hakikatnya memang wujud manusia berperangai aneh yang mempunyai keinginan seksual tidak normal.

Sanggup mengintip dan merakam gambar atau video, bahkan wanita hamil turut menjadi mangsa kepuasan seksual mereka.

Menerusi penerangan Public Health Malaysia, kecendurangan seksual tidak normal dan keinginan mengintip, melihat dan merakam individu lain merupakan ciri-ciri voyeurism.

Fetishisme seksual pula keadaan di mana seseorang itu merasakan tarikan seksual luar biasa terhadap objek, bahagian tubuh atau keadaan tertentu yang bukan secara lazim dianggap erotik.

Antara contoh fetish ialah tertarik dengan kehamilan. Ada juga yang tertarik dengan kaki, kasut, pakaian dalam, bau tertentu dan sebagainya.

Berdasarkan perkongsian itu, pasti sukar untuk mengesan individu yang mempunyai fetish atau voyeurism. Tambahan pula, mereka tidak melakukan secara terang-terangan.

Masalah dihadapi golongan sebegini dikaitkan dengan kesihatan mental dan perlu mendapatkan rawatan bagi mengelakkan tindakan luar kawalan termasuk jenayah.

Ditambah pula pelbagai bahan ‘perangsang’ seperti filem, gambar dan bahan digital berbentuk lucah kini mudah diperoleh di hujung jari. Ini akan ‘menggalakkan’ lagi golongan itu memenuhi kepuasan dengan mudah.

Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli turut menekankan mengenai individu yang menghidap masalah seperti itu yang mana jika mereka dibiarkan, dibimbangi akan berlaku kejadian tidak diingini.

“Jangan biarkan ia tanpa kawalan. Kalau tidak, makin lama intensiti kehendak itu makin kuat dan akhirnya berisiko melibatkan diri dalam jenayah,” katanya.

Beliau berkata, individu mempunyai desakan seksual yang tinggi terhadap wanita hamil atau maiesiophilia, memerlukan rawatan bagi mengelak mereka terlibat dalam kes jenayah.

“Individu yang mengalami maiesiophilia apabila telah sampai ke tahap ketagihan, ini bermakna bahagian ‘nucleus accumbens’ di dalam otak bermasalah.

“Hyperactive dalam mencari sesuatu yang memberikan kenikmatan itu sampai ke tahap pergi pusat belah-belah.

“Sistem dopamin sudah kena hijack, otak mencari rangsangan tanpa kawalan minda rasional.

“Kehendak seksual berbanding dengan penyalahgunaan bahan mungkin agak mencabar sedikit sebab substance abuse (penyalahgunaan bahan) ini daripada luar. Kehendak seksual ini internal desire (keinginan dalaman),” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN