fbpx

Anggota polis putus telinga digigit warga Nigeria kini stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Keadaan anggota polis peronda (MPV) yang putus telinga kiri selepas digigit lelaki warga Nigeria di Jalan Kepong, Metro Prima semalam, dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, ditanya sama ada telinga anggota tersebut dapat disambung atau tidak, Ahmad Sukarno berkata, ia masih di bawah pemantauan pihak hospital.

“Anggota tersebut stabil, tetapi sama ada boleh sambung ke tak telinganya, perlukan pemantauan dan rawatan daripada pihak hospital lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Sukarno berkata, warga Nigeria yang ditahan kerana bersikap agresif semalam masih lagi sedang disiasat.

Semalam, kejadian yang menimpa koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu berlaku kira-kira pukul 10.03 pagi.

Ketika kejadian, koperal itu cuba membantu menahan suspek yang sedang mengganggu sebuah klinik.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa, anggota polis terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI