fbpx

Blood Brothers terlaris Malaysia, RM45.7 juta 11 hari tayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga terus mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung RM45.7 juta dalam tempoh 11 hari tayangan di pawagam.

Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu membuktikan penerimaan hangat penonton terhadap naskhah tempatan yang berkualiti tinggi kerana kini berdiri sebagai antara karya paling laris dalam sejarah industri perfileman Malaysia.

Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif bersama filem berkenaan, Datuk Yusof Haslam menjangkakan kutipan Blood Brothers bakal mengatasi filem Sheriff tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kita mungkin boleh mencecah melebihi kutipan filem Sherrif selama sebulan dalam tayangan sekiranya respons luar biasa yang kita dapat daripada penonton sekarang kekal sehingga akhir,” katanya.

Kejayaan luar biasa filem yang turut membariskan pelakon hebat Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson kini meletakkanya dalam senarai Top 5 filem tempatan terlaris sepanjang zaman.

Blood Brothers kini berada di kedudukan kelima dalam senarai lima filem tempatan dengan kutipan tertinggi selepas Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (RM97.4 juta), Sheriff: Narko Integriti (RM63.2 juta), Polis Evo 3 (RM54.1 juta) dan Munafik 2 (RM48 juta).

Terdahulu, Blood Brothers berjaya menambat hati para penonton sejak mula ditayangkan di semua pawagam pada 10 April 2025.

Menelan kos sebanyak RM7 juta, filem itu kini hangat ditayangkan di 170 pawagam seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI