fbpx

Selangor FC lebih kuat musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (kanan) mengalami kecederaan patah hidung ketika menentang PDRM dalam aksi terakhir Liga Super kelmarin. - SHIDDIEQIIN ZON

PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi dijangka diberikan lebih kuasa untuk merangka perancangan lebih rapi menjadikan pasukan itu semakin mantap pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sepanjang lima bulan bersama pasukan, jurulatih dari Jepun itu hanya meneruskan apa yang sedia ada dalam pasukan dan kini mempunyai gambaran awal untuk membentuk pasukan lebih berkualiti.

Tidak hanya perubahan kepada set pemain, Kinoshi juga berkemungkinan membuat rombakan terhadap barisan kejurulatihan, namun enggan memberikan ulasan lanjut mengenainya.

“Saya mahu kekal satu atau dua tahun lagi kerana Selangor adalah pasukan yang bagus. Kami berdepan tekanan untuk jadi juara tetapi saya sukakan tekanan seperti ini, jadi saya tidak ada menolak tawaran.

“Saya ada pelan untuk musim depan, namun saya tidak boleh beritahu sehingga kenyataan (rasmi) dibuat. Saya perlu ada pandangan untuk tingkatkan Selangor dan jadikan pasukan lebih baik.

“Kami kena ada perancangan untuk dapatkan pemain domestik dan antarabangsa. Saya tidak boleh katakan sekarang (tentang perubahan barisan kejurulatihan), tunggu kenyataan rasmi dibuat dan selepas itu saya boleh jelaskan,” katanya.

Pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin, Red Giants menutup saingan dengan kemenangan 2-0 ke atas PDRM FC, namun turut menerima berita suram apabila Faisal Halim mengalami patah hidung.

“Jangan risau, saya beritahu kamu yang dia (Faisal) adalah individu yang kuat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI