fbpx

Bekas Perdana Menteri Singapura tiba di Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hsien Loong ketika memasuki Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba di Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang juga Menteri Kanan dilihat hadir bersama isterinya kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham kini berada Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Seterusnya, jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan disembahyangkan selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

Terdahulu, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI