fbpx
SUASANA banjir kilat di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Jumaat lalu. - AFIQ RAZALI

Trauma orang Shah Alam sampai bila akan berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Jumaat lepas merupakan hari yang mendebarkan bagi beberapa daerah penduduk di Shah Alam, Selangor.

Hujan lebat berterusan bukanlah melibatkan beberapa hari, tetapi hanya mengambil masa beberapa jam sahaja, namun telah menyebabkan kawasan kediaman penduduk khususnya di Puchong dan Shah Alam (Seksyen 25, 28, 33, 23) dan beberapa kawasan berdekatan dinaiki air.

Hujan awal pagi bermula 1.30 pagi berlarutan sehingga enam jam telah menyusahkan sebilangan orang kerana terkandas di tengah jalan apabila laluan dinaiki air dan kelam kabut rumah naik air secara mendadak.

Sebenarnya keadaan ini bukan perkara baharu, namun itulah yang menghantui penduduk setiap kali hujan lebat berlaku.

Niat mereka membeli atau membina rumah untuk kehidupan berkeluarga sejahtera seolah-olah menjadi ‘sengsara’. Jika hujan lebat saja hati akan gundah gelana.

Melihat rakyat Selangor berhadapan keadaan seperti ini, timbul persoalan sampai bila mereka kena hadap isu ini, dan apakah pula tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri?

Kerajaan negeri melalui Belanjawan 2025 menjanjikan usaha pembinaan projek tebatan mengatasi banjir dengan peruntukan RM34.27 juta yang diumumkan pada November lalu.

Sebelum itu, seorang exco kerajaan negeri pernah menyatakan pada Oktober tahun lalu, sembilan Rancangan Tebatan Banjir negeri itu dikenal pasti sebagai projek sakit dengan 41 projek itu bernilai RM482juta.

Isunya sampai bila setiap kali banjir, isu tebatan banjir akan ‘bergendang’ dan tidak selesai pun setiap tahun.

Sejak banjir besar pada 2021 seolah-olah tiada hasil yang boleh dimanfaafkan oleh rakyat khususnya mangsa-mangsa yang terlibat di kawasan selalu banjir.

Sebenarnya rakyat tidak perlukan atau harapkan bantuan bencana, sebaliknya mereka, mahu masalah yang dihadapi itu tidak lagi berlaku.

Duit bantuan banjir RM1,000 atau RM1,500 bagi setiap keluarga tidak akan dapat selesaikan trauma, penat lelah dan kerosakan harta benda yang dialami.

Air naik dalam masa enam jam selepas hujan lebat pada Jumaat lalu tidak boleh diterima dek akal.

Penduduk Sri Muda yang sangat terkesan pada hari hitam banjir besar pada 2021 kembali melalui detik itu.

Tolonglah buat sesuatu untuk rakyat di Selangor khususnya di Shah Alam yang ‘ketakutan’ setiap kali dentuman petir dan kilat. Trauma kami tidak boleh dibayar dengar bantuan banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN