fbpx

Kemampuan Bergson belum teruji sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON mencipta sensasi apabila meledak lima gol ketika JDT membelasah KDN FC 9-0 pada aksi Liga Super sebelum ini.

PENYERANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva boleh dianggap penggempur paling unggul selepas mendominasi carta penjaring terbanyak Liga Super ketika ini meskipun prestasinya belum sempurna seratus peratus.

Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas legenda Harimau Malaya era 80-an, Azlan Johar yang melihat penyerang kelahiran Brazil itu masih belum diuji sepenuhnya di peringkat antarabangsa.

Kata Azlan, kelebihan yang dimiliki Bergson apabila bermain dengan kelab yang memiliki prestij seperti JDT memudahkannya untuk tampil lebih baik dalam saingan peringkat domestik.

“Saya rasa Bergson beruntung dapat mewakili kelab seperti JDT kerana kita dapat lihat semakin hari, dia semakin bagus kerana dijaga dengan begitu teliti (oleh pihak pengurusan).

“Meskipun ada yang cakap dia hanya menjaringkan gol bertemu pasukan yang lemah, kita tidak boleh nafikan kualiti yang ada pada Bergson kerana dia sentiasa konsisten dalam semua perlawanan .

“Jika ada kekurangan, mungkin kita boleh cakap Bergson belum diuji sepenuhnya di pentas antarabangsa kerana tekanan kejohanan peringkat tertinggi itu berbeza,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Bergson telah mencipta rekod baharu Liga Super apabila meledak 31 gol semusim termasuk hampir memecahkan rekod jaringan sepanjang zaman apabila dibezakan dua gol dengan penyerang legenda tempatan, Indra Putra Mahayuddin dengan mengumpul 104 gol keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI