fbpx
RAKAMAN kamera papan pemuka kenderaan yang menujukkan sebuah kereta menggilis mangsa yang tercampak di tengah laluan jalan.

Suami mangsa kemalangan maut Terowong Menora akan diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Polis akan merakam percakapan pemandu kereta Perodua Bezza yang terlibat kemalangan mengakibatkan isteri dan anaknya maut di Kilometer 264.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 29 tahun itu difahamkan kini berada di rumah keluarganya di Tanjung Malim selepas dibenarkan keluar dari hospital.

“Polis sedang berusaha mendapatkan keterangan lelaki itu dalam tempoh terdekat. Usaha juga sedang dijalankan bagi mengesan pemandu atau pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dirakam kamera papan pemuka melanggar mangsa yang terbaring di laluan tengah jalan.

“Sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan termasuk dakwaan keluarga berkaitan kehilangan barangan peribadi mangsa,. Ahli keluarga mangsa juga tidak membuat laporan rasmi berkaitan kehilangan  tu,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan ibunya yang sedang hamil lapan bulan meninggal dunia selepas tercampak keluar dari kereta dalam kejadian selepas Terowong Menora. Mangsa, Naira Falisha Abdul Rahman yang parah maut di lokasi kejadian manakala ibunya, Nur Fatihah Badrul Hisham, 25, pula menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9 pagi tadi ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN