fbpx

Saman tertunggak pemandu Thailand RM2.5 juta dikutip dalam 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian van Thailand yang disita menerusi Ops Tunggak yang dijalankan oleh JPJ di Kelantan pada Januari lalu. FOTO MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip saman tertunggak bagi pelbagai kesalahan trafik melibatkan pemandu warga asing terutamanya warga Thailand sebanyak RM2.5 juta menerusi Ops Tunggak sejak Januari lalu.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, operasi tersebut dijalankan di empat buah negeri yang terletak bersempadan dengan Thailand iaitu Perak, Kedah, Kelantan dan Perlis.

Katanya, menerusi operasi itu, Perlis mencatatkan jumlah saman tertunggak paling tinggi dengan jumlah mencecah RM65,000 yang melibatkan kenderaan dari Thailand.

“JPJ turut menahan kenderaan dari Thailand yang mempunyai saman aktif di laluan yang sering dilalui oleh kenderaan dari negara tersebut.

“Saman itu melibatkan kesalahan membawa pekerja dan penumpang bagi urusan tertentu termasuk mengangkut mereka pulang ke Thailand untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini sekali gus menyalahgunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 di Terminal Bas Kota Bharu, Lembah Sireh di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JPJ berjaya mengumpul saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik berjumlah RM35 juta di seluruh negara dalam tempoh empat bulan pada tahun ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI