Gambar fail menunjukkkan keadaan hujan ketika orang ramai melalui Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dekat Port Dickson baru-baru ini.

Pagi raya cerah, petang dijangka hujan – MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir dan hujan pada sebelah petang me­landa negara ini akan berterusan sehingga awal Mei ini.

Jangkaan cuaca itu disebabkan negara memasuki peralihan Monsun Barat Daya apabila penolakan awan lebih aktif pada sebelah petang.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, keadaan itu berlaku disebabkan negara menghampiri fasa peralihan monsun yang mana cuaca di kebanyakan tempat adalah panas pada waktu tengah hari, manakala sebelah petang pula dilanda ribut petir.

“Cuaca dijangka akan bertambah baik apabila negara mula memasuki Monsun Barat Daya nanti pada awal Mei ini.

“Keadaan cuaca sebegini lebih cenderung berlaku di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Mohd His­ham berkata, pihaknya turut menjangkakan cuaca pada pagi Hari Raya Aidilfitri adalah baik, manakala pada sebelah petang dan malam pula diramal buruk.

Cuaca buruk itu dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Bagaimanapun, Mohd. ­Hisham memaklumkan cuaca pada Hari Raya Aidilfitri tersebut hanya jangkaan awal sahaja.

“Ramalan cuaca pada Hari Raya Aidilfitri yang lebih spesifik akan dikeluarkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh perayaan tersebut,” katanya.

MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya lebih cakna dan peka dengan keadaan cuaca di negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN