MANCHESTER – Pengurus Fulham, Marco Silva berharap pasukan dapat melangkah jauh selepas mara ke pusingan suku akhir Piala FA dengan menyingkirkan juara bertahan, Manchester United pada pusingan kelima Piala FA awal pagi tadi.
Pada perlawanan itu, Fulham terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Calvin Bassey ketika penghujung separuh masa pertama sebelum United menyamakan kedudukan hasil jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-71 dengan kedudukan terikat 1-1 sehingga wisel masa tambahan ditiupkan
Penjaga gol The Cottagers, Bernd Leno menjadi wira pasukan itu apabila menyelamatkan sepakan penyerang pemain United, Victor Lindelof dan Joshua Zirkzee bagi memastikan kemaraan Fulham dengan kemenangan 4-3 pada penentuan penalti untuk ke pusingan seterusnya.
“Memang kami mahu melangkah ke suku akhir dan saya fikir kami layak untuk mara. Sejak dari awal saingan lagi kami menunjukkan betapa Fulham serius untuk melakar kejayaan dalam saingan Piala FA.
“Semua pemain berada dalam kepenatan pada 30 minit terakhir, jadi kami mengambil peluang untuk mendominasi perlawanan. Walaupun letih, tetapi pemain-pemain masih mengekalkan karakter masing-masing,” kata Silva.- AGENSI








