MUSTAFA menunjukkan lokasi abangnya rebah selepas ditanduk lembu sebelum meninggal dunia di Kampung Bunut Satut, Kadok, Kota Bharu.

Mati ditanduk selepas lembu marah tukar tali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas maut apabila betis kirinya ditanduk lembu kesayangan daripada baka Charolais hingga menyebabkannya kehilangan banyak darah sebelum rebah di atas tanah dalam kejadian di Kampung Bunut Satut, Kadok di sini.

Kejadian pada pukul 5.30 petang Rabu lalu itu menimpa Mohd. Amin Sulaiman, 76, selepas dia memberi haiwan yang ditambat pada pokok duku itu dedak dan air.

Jarak antara lokasi kejadian dengan rumah mangsa ialah kira-kira 10 meter.

Adik arwah, Mustafa, 66, berkata, sebelum kejadian dia dan abangnya baru selesai memasang tali baharu pada hidung lembu seberat 300 kilogram yang dipelihara sejak tiga tahun lalu selepas yang lama putus.

Katanya, lembu itu merupakan haiwan ternakan kesaya­ngan arwah dan dibeli pada harga RM1,500.

“Selepas menambat lembu pada pokok duku, abang sempat memberikan dedak dan air pada haiwan itu. Saya pula terus naik ke rumah untuk solat asar. Tidak lama kemudian, saya dengar abang meraung dari arah lembu ditambat.

“Saya kemudian bergegas ke arahnya dan terkejut apabila melihat betis kiri abang tembus hingga darah tidak berhenti keluar akibat ditanduk lembu itu,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Mustafa, arwah sempat berjalan beberapa meter ke arah rumah sebelum rebah dan terus tidak sedarkan diri.

Tambahnya, dia tergamam dan terus bergegas meminta bantuan orang kampung sebelum menghubungi pihak berkuasa.

“Petugas kesihatan kemudian mengesahkan abang meninggal dunia. Lembu itu sebelum ini tidak pernah bertindak ganas dan mengesyaki ia meradang kerana kami memasang tali baharu pada hidungnya,” katanya.

Ujar Mustafa, jenazah abang­nya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunut Satut, Kadok di sini kira-kira pukul 11 malam pada hari yang sama.

“Saya trauma dan takut jika kejadian itu berulang sebelum mengambil keputusan sukar untuk menjual lembu itu pada harga RM3,500 kepada penduduk sehari selepas kejadian,” katanya.

“Walaupun ia haiwan kesaya­ngan arwah, tidak mustahil saya pula akan menerima nasib sama. Jadi saya pun jual walaupun de­ngan rasa berat hati,” katanya.

Tambahnya, lembu tersebut sudah pun disembelih oleh pembelinya pada Jumaat lalu sebelum dagingnya dijual untuk pasaran di sekitar Kadok di sini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN