fbpx
IBARAT menanam harapan yang sedang tumbuh merendang, tahun ini tempatnya bukan lagi di belakang tabir. Bukan juga sebagai finalis seperti dicita setiap penyanyi, namun lebih berat amanah dipikulnya, dia hos paling dipertikaikan pemilihan yang ‘ironinya’ menyala dalam gaya tersendiri.

‘Belum buat kerja sudah kena kecam, saya okey’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK diumumkan sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bergandingan dengan Naz Rahman, Sissy Iman menjadi lapang sasar, tempat banyak reaksi dan pertikaian orang tentang kredibilitinya sebagai hos acara muzik paling dinantikan rakyat Malaysia.

Tidak banyak yang wangi, tidak pula busuk belaka, senang cerita, pengaruhnya tidak menyakinkan, ramai kurang percaya pemilik nama lengkap Sissy Imann Mohammad Kamil​ itu untuk mampu menjadi ‘ratu’ menyinarkan pentas AJL39.

Pengalamannya di pentas-pentas setara prestij AJL juga tidak seberapa, bahkan tiada yang memberi impak.

Foto IQBAL ROSLI Solekan IQBAL RAFAEL @iqbalrafael92 Penata gaya NANA CHAH @stylesbynanachah

Lantas, pemilihan Sissy dipandang negatif sehingga ada yang menuduh nama diusulkan atas alasan kekangan bajet produksi berkenaan.

Namun, sangkaan ramai meleset apabila dia berjaya menampilkan persembahan cemerlang di sisi Naz selama tiga jam durasi acara.

Selain mencipta keserasian dengan Naz, Sissy juga dipuji kerana menyajikan banyak informasi tentang muzik, secara tidak langsung dapat memberi input buat penonton.

Meski menerima banyak pujian, penyanyi berusia 30 tahun itu mengakui agak gementar apabila ditugaskan sebagai hos untuk acara berprestij berkenaan.

“Pada awal dapat tawaran menjadi hos AJL, saya takut sebab edisi sebelum ini semua pengacara hebat belaka.

“Saya pula masih baru yang berbekalkan sedikit ilmu muzik,” katanya kepada HibGlam.

SISSY akui gementar saat menyahut cabaran mengendalikan AJL39.

Bertungkus-lumus

Tidak mensia-siakan peluang, pelantun lagu Namaku Padamu itu mengakui banyak membuat rujukan, baik tentang muzik mahupun pengacaraan.

“Semua orang ada pendapat masing-masing, saya okey sahaja walaupun belum buat kerja tapi sudah kena kecam.

“Berbekalkan ilmu dalam muzik, saya cuba sehabis baik. Segala fakta yang yang dikongsikan kepada penonton diperoleh hasil menuntut dengan cikgu-cikgu dan pakar dalam bidang ini seperti Datuk Shafinaz Selamat.

“Bila dapat pujian, alhamdulillah bukan mudah nak mengacarakan acara berprestij lagi-lagi digandingkan dengan orang yang tidak pernah bekerjasama,” kongsinya dengan gembira.

Ditanya, sekiranya terus didatangi tawaran sebagai hos pada masa akan datang, bekas peserta Famili Duo itu tidak akan menolak rezeki yang hadir.

“Insya-Allah, apa sahaja yang datang, jika saya rasa boleh lakukan, saya akan buat.

“Sebelum ini pun saya ada berkongsi dalam Instagram teringin masuk AJL (sebagai peserta) tetapi Tuhan bagi rezeki jadi hos bukan finalis,” jelasnya.

TIDAK sembrono beraksi di hadapan penonton dan para bijaksana muzik, Sissy terlebih dahulu menuntut bersama cikgu-cikgu muzik berpengalaman seperti Syafinaz Selamat sebagai persediaan.

Buah tangan baharu

Berkongsi perkembangan terkini, Sissy baru sahaja melancarkan lagu terbaharunya berjudul Passenger Princess yang berkisarkan seorang wanita menjadi mangsa diduakan.

Bagaimanapun, dia enggan memberitahu sama ada lagu tersebut ada berkaitan dengan kisah hidupnya.

“Lagu Passenger Princess adalah karya paling cepat pernah dihasilkan, proses penulisan hanya dibuat dalam masa satu jam.

“Sebelum lancarkan, saya ada buat ciapan pelik-pelik semua memang ada kena mengena dengan lagu.

“Peminat pun dah boleh agak saya mahu keluarkan lagu sebab saya tak pernah bercerita hal peribadi dalam media sosial,” tutupnya.

DISIFATKAN sebagai penyanyi berilmu, Sissy tidak akan memandang ke belakang jika masih diberi kepercayaan sebagai pengacara.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN