Kawasan Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin yang berada di kaki Gunung Lambak, Kluang, lokasi Nur Fakhira Dania dijumpai pada malam kelmarin.

Persoalannya siapa nenek tua itu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Pencarian seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang sejak seminggu lalu berakhir selepas mangsa ditemukan di kaki Gunung Lambak di sini, malam kelmarin.

Penemuan Nur Fakhira Dania Zahir itu bagaimanapun mencetuskan misteri apabila mangsa dikatakan berada di rumah seorang nenek tua bertongkat di kaki bukit tersebut.

Mangsa dijumpai seorang penduduk Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin pada pukul 10 malam sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ibunya, Norita Kasmin, 47, berkata, dia dimaklumkan mengenai penemuan anaknya oleh adik ipar.

Katanya, selepas menerima maklumat daripada polis, dia bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk me­nemui Nur Fakhira dan ber­syukur kerana anaknya itu dalam keadaan selamat sebelum dibawa pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, anak saya masih enggan bercerita mengenai kejadian yang menimpanya sepanjang tempoh kehilangan tersebut sehingga ditemui berada di rumah wanita tua bertongkat yang tidak dikenali.

“Anak saya seperti trauma dan tidak mahu bercakap apabila ditanya bagi mendapatkan kepastian tentang perkara itu,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurut Norita, ketika ini anaknya tinggal bersama keluarga bapa saudaranya bagi memulih­kan diri sebelum kembali ke sekolah. Laporan polis turut dibuat terhadap pihak yang melarikan anak gadisnya itu.

Pada 16 Februari lalu, Kosmo! melaporkan mengenai kehila­ngan Nur Fakhira Dania pada pukul 10 malam, 12 Februari selepas menaiki kereta dipercayai Perodua Myvi berwarna hitam.

Sementara itu, Ketua Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, Norzam Mohd. Amin memaklumkan, tiada rumah dihuni wanita tua di kampung tersebut.

“Jika ada pun hanya rumah singgah milik seorang penduduk. Sepanjang tinggal di sini, tiada wanita tua bertongkat yang mene­tap di kampung ini.

“Persoalannya siapa nenek tua dan pemandu Perodua Myvi seperti yang diceritakan oleh ibu remaja itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN