fbpx
Suami mangsa mahu individu yang membunuh isterinya dikenakan hukuman yang setimpal.

Saya tak boleh maafkan suspek kejam – Suami Norshamira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – “Kami mahu hukuman yang setimpal, hutang nyawa mesti dibalas nyawa.”

Demikian kata Muhammad Afiq Akmal Nudin, 31, berhubung kes pembunuhan tragis yang menimpa isterinya ketika menghantar sambil ikan bilis garing di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini minggu lalu.

Menurut lelaki itu, dia masih sukar melupakan kejadian yang menimpa Norshamira Zainal, 37, selain tidak dapat membayangkan kekejaman yang dilakukan suspek terhadap pasangannya.

Kejadian itu menyebabkan anak tunggal mereka berusia lima tahun kehilangan ibu tersa­yang.

“Kami mahu hukuman yang setimpal dikenakan ke atas lelaki itu (suspek). Nyawa dibalas nyawa. Saya tidak boleh memaafkan suspek yang bertindak begitu kejam (membunuh),” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Minggu lalu, Kosmo! melaporkan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, maut dibunuh selepas keluar menghantar sambal ikan bilis garing dipesan seorang pelanggan lelaki yang juga suspek pada pukul 7.30 malam, 13 Februari lalu.

Mayat mangsa kemudian ditemukan di tepi Sungai Kuantan pada pukul 12.45 tengah hari keesokan harinya.

Susulan itu, pihak polis memberkas seorang lelaki berusia 53 tahun pada 15 Februari lalu.

Penganggur dari Terengganu itu ditangkap ketika bersembunyi di rumah anak saudaranya di Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Hasil soal siasat polis mendedahkan motif pembunuhan mangsa kerana suspek mahu menyamun barang kemas termasuk gelang emas bernilai RM30,000 yang dipakai wanita itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN