INDUSTRI penciptaan kandungan dan pemasaran pempengaruh semakin berkembang. Ia mempunyai permintaan tersendiri bukan sahaja di dalam negara, malah antarabangsa.
Hal ini kerana golongan pempengaruh mendapat tempat sebagai tokoh yang dipercayai dalam kalangan generasi Z dan golongan milenial.
Sebagai langkah untuk memperkemas dan mengoptimumkan kempen pemasaran kandungan janaan pengguna (UGC) dalam kalangan pencipta kandungan, syarikat pengurusan jenama dan pencipta kandungan, Cult Creative tampil dengan Creator Platform di peringkat beta.
Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Cult Creative, Shermaine Wong, Creator Platform menggabungkan teknologi serta reka bentuk berfokuskan pengguna dengan lancar.
“Platform peringkat beta ini mempunyai matlamat untuk memudahkan pengurusan kempen serta menjejak prestasi kempen dan proses pembayaran.
“Matlamat ini selaras dengan misi Cult Creative untuk memperkasakan pencipta kandungan dengan teknologi dan mengukuhkan proses kerjasama dengan jenama serta penciptaan kandungan,” katanya ketika dihubungi K-Tekno.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada Creator Platform adalah kit media profesional, kempen baharu, padanan kempen khusus, aliran kerja automatik, melancarkan komunikasi dan pengurusan maklum balas.
Jelasnya, menerusi kit media profesional, pencipta kandungan boleh menghasilkan kit media profesional dengan menghubungkan profil media sosial mereka yang memaparkan maklumat audiens seperti kadar engagement.
“Mereka boleh menyertai kempen baharu menerusi fungsi ‘Discovery’ yang membolehkan pencipta kandungan mencari peluang kerjasama dengan jenama impian mereka. Pencipta kandungan boleh menghantar ‘pitch’ mereka untuk dipilih oleh jenama.
“Menerusi padanan kempen khusus, algoritma yang memadankan data akan menghubungkan pencipta kandungan dengan jenama, kandungan dan audiens sesuai,” ujarnya.
Katanya lagi, aliran kerja automatik pula membolehkan tugas pentadbiran seperti menyiapkan perjanjian dan invois dibuat bagi pihak pencipta kandungan.
Semua itu dijana secara automatik bagi memberikan pencipta kandungan lebih masa untuk berkarya.

Platform tersebut juga berupaya melancarkan komunikasi menerusi fungsi ‘chat’ bersepadu bagi memastikan semua perbualan berkaitan kempen direkodkan dengan sempurna. Ia juga bagi membantu pengguna supaya tidak perlu menguruskan pelbagai platform mesej dan bertukar-tukar antara kumpulan perbualan berlainan.
Pengurusan maklum balas juga dapat dilaksanakan di mana pencipta kandungan boleh menjejak perubahan dan mengesahkan draf secara sehenti bagi memastikan proses lebih cekap.
Sementara itu, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Pemasaran Cult Creative, Lina Esa berkata, ekonomi penciptaan kandungan menuntut usaha pembinaan hubungan yang tulen.
“Memasuki fasa baharu perkembangan ekonomi penciptaan kandungan, industri pemasaran pempengaruh Asia Tenggara dijangka berkembang rancak dengan perdagangan sosial diunjurkan mencecah nilai RM685 bilion menjelang 2030.
“Menerusi platform ini, kami berhasrat untuk membantu jenama mengembangkan jangkauan audiens mereka dan mendapatkan UGC berkualiti.
“Di samping itu, kami dapat memastikan pencipta kandungan mampu menguruskan kempen serta menambah pendapatan mereka














