fbpx
Laluan di Lebuh Raya Karak tidak mempunyai lampu jalan sebaik memasuki negeri Pahang.

Luahan pembaca: Tol Gombak terang, masuk Pahang gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Kejadian kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) sering didengari terutamanya di sekitar Bukit Tinggi yang menyaksikan kemalangan berlaku hampir setiap bulan.

Dengan keadaan jalan yang berselekoh dan berbukit di laluan itu selain kenderaan yang dipandu laju dan tidak mengikut peraturan menyebabkan laluan di situ sememangnya berisiko.

Saya merupakan seorang pengguna laluan berkenaan yang berulang alik dari Bentong ke Kuala Lumpur setiap hari untuk bekerja.

Setiap kali lalu di kawasan itu sememangnya saya perlu terlalu berhati-hati kerana bimbangkan kelalaian kenderaan lain terutama kenderaan berat.

Kejadian muatan kenderaan berat jatuh dan kenderaan berat yang terbabas dan kemalangan akibat kenderaan berat berhenti di tepi jalan sememangnya telah berlaku disitu.

Setiap kali perjalanan balik ke Bentong pada waktu malam saya yang menaiki motosikal merasakan kelainan sebaik sahaja memasuki sempadan Pahang dan Selangor.

Ini kerana, sepanjang sebelum terowong terang benderang dengan lampu tetapi sebaik sahaja sampai ke Pahang selepas terowong suasana berbeza yang gelap tanpa lampu jalan.

Keadaan ini menyebabkan saya betul-betul berwaspada terutama ketika menuruni bukit bimbang ada kenderaan berhenti di tepi jalan dan sebagainya.

Malah, saya pernah menyaksikan satu kemalangan di sekitar Bukit Tinggi yang mengerikan dan usaha menyelamat juga sukar kerana hanya ada beberapa tiang lampu di situ.

Jadi saya harap pihak berkaitan dapat memasang lampu sepanjang laluan KLK selepas terowong Genting Sempah hinggalah ke kawasan Plaza Tol Bentong.

Bagi kawasan ‘hot spot’ kemalangan yang kerap atau kawasan berbahaya seperti di persimpangan Bukit Tinggi perlulah dipasangkan lampu limpah atas faktor keselamatan dan juga memudahkan usaha menyelamat. Anggaplah usaha kecil itu sebagai perubahan besar elak kemalangan.

Pengguna berisiko,
Raub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN