fbpx
SUV Tank 500 ini mempunyai dimensi panjang 5,078 milimeter dengan 1,905mm tinggi dan disifatkan lebih maskulin berbanding Tank 300.

GWM Tank 500 SUV off-road mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GABUNGAN kemewahan dan prestasi lasak pada kenderaan utiliti sukan (SUV) Great Wall Motor (GWM) Tank 500 boleh dikatakan kriteria yang menjadi faktor tarikannya.

GWM Malaysia telah mempertontonkan SUV off-road dengan konfigurasi tujuh tempat duduk ini buat kali pertama pada Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS), Disember lalu.

SUV mewah ini adalah model kedua dalam jenama Tank selepas Tank 300 dan dijangka dilancarkan pada tahun ini.

Gaya hidup masyarakat sekarang yang sukakan aktiviti lasak, rekreasi dan pengembaraan bersama keluarga menjadikan GWM Tank 500 sebagai pilihan kenderaan terbaik.

Tank 500 direka untuk memenuhi keperluan pemandu yang ingin menakluki pelbagai permukaan termasuk jalan bandar, hutan dan berbukit.

Dari segi rekaan luar, Tank 500 menampilkan reka bentuk berkotak yang eksklusif, selain nampak kukuh dan maskulin berbanding Tank 300 yang lebih klasik.

rekaan dengan tayar gantian tergantung di bahagian belakang tampak sedikit klasik.

Bahagian hadapan menampilkan gril warna chrome (perak) agak besar seperti SUV off-road lasak dari negara Eropah serta peletak kaki sisi elektrik (electric side step).

Menariknya, lampu depan segi empat turut melengkapkan gaya kenderaan ini dan tayar gantian yang digantung pada bahagian tailgate (bonet belakang) menampakkan sedikit elemen klasik.

Dimensi SUV ini merangkumi 5,078mm panjang, 1,934mm lebar, 1,905mm tinggi serta jarak roda 2,850mm.

Dari segi kuasa, Tank 500 dipacu oleh enjin 2.0 liter 4 silinder hibrid yang dipadankan dengan transmisi automatik 9 kelajuan menghasilkan gabungan kuasa 258 kW dan tork 648Nm.

Tank 500 didatangkan dengan 11 mod pemanduan, termasuk ciri-ciri ‘TANK Turn’ dan ‘Off- road Cruise Control’ bagi menakluki pelbagai jenis permukaan dengan mudah bersama sudut pendekatan (high approach angle) setinggi 36.9 darjah.

Ketahanan SUV mewah ini tidak dapat disangkal apabila dikatakan mampu mendaki dan melalui laluan ekstrem dengan penuh yakin melalui teknologi terkini yang ditawarkan.

Lebih menarik, Tank 500 dilengkapi dengan teknologi canggih iaitu mempunyai bukan satu tetapi dua unit ‘Differential Lock’ pada gandar belakang dan hadapan.

Walaupun SUV Tank 500 ini berorientasikan lasak, namun ciri premium dan keselesaan masih menjadi keutamaan.

Rekaan dalamannya memukau dengan tempat duduk pemandu dan penumpang berbalutan kulit Nappa.

Meninjau ke ruang kabin, membuatkan penulis teruja dengan sentuhan premium apabila kerusi pemandu dan penumpang dibalut dengan kulit Nappa warna hitam.

Sementara itu, ruangan papan pemukanya mempunyai elemen trim kayu, jam analog di bahagian tengah kabin serta dilengkapi dengan sistem pembesar suara jenama Infinity.

SUV off-road mewah ini turut dilengkapi dengan soket USB di bahagian bonet belakang yang amat praktikal untuk aktiviti berkhemah atau beriadah.

Tank 500 yang dikatakan ‘abang’ kepada Tank 300 dijangka dijual pada harga sekitar RM350,000 di pasaran Malaysia.

Ada yang mengatakan harganya agak tinggi, namun ciri-ciri lasak dan premium yang ditawarkan menjadikan Tank 500 sebagai pilihan terbaik selain mempunyai peminat tersendiri.

Untuk memudahkan pemanduan, SUV off-road ini dilengkapkan dengan kamera 360 darjah selain mempunyai fungsi kamera tembus lihat termasuk di bahagian bawah bagi memberi keyakinan kepada pemandu.

Kesimpulannya, sesuai dengan imej GWM Tank 500 sebagai sebuah SUV off-road mewah dan lasak, maka ia amat praktikal untuk pemanduan keluarga di mana-mana sahaja.

Pemandu boleh menelusuri pemanduan jalan bandar dan laluan berliku di dalam hutan dengan yakin serta selesa dengan mengemudi SUV mewah ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN