fbpx
Anggota serbuan melakukan pemeriksaan terhadap ladang babi yang beroperasi secara haram.

135 babi disita dari ladang ternak haram 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak 135 ekor babi disita selepas didapati diternak dalam sebuah ladang tanpa lesen di sekitar Teluk Bunut, Banting dekat sini, kelmarin.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor, penyitaan itu hasil operasi bersepadu dilaksanakan kira-kira pukul 8 pagi terhadap tiga buah ladang babi.
Hasil pemeriksaan mendapati dua daripadanya telah tidak beroperasi.
“Kesemua babi yang disita tersebut berada di ladang dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki tempatan dan siasatan lanjut dijalankan dibawah  Subseksyen 9(3) Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991,” katanya hari ini.
Turut menyertai operasi itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM ), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.
Menurut DVS Selangor, ia merupakan operasi susulan yang telah dijalankan pada 6 Februari lalu dengan tindakan penguatkuasaan terhadap tiga ladang itu telah ditangguhkan sebelum ini.
Ujarnya, ini ekoran permohonan injuksi yang difailkan di mahkamah oleh pemilik-pemilik ladang babi berkenaan bagi menghalang tindakan penguatkuasaan diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN