fbpx
KEADAAN sangkar ikan yang rosak selepas dihanyutkan arus deras Sungai Pahang di Temerloh semalam.

47 sangkar ikan ‘lesap’ sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Seramai lima penternak ikan sangkar dari Kampung Tanjung Batu di sini me­ngalami kerugian lebih RM300,000 apabila 47 sangkar ikan dan rumah rakit yang diusahakan mereka sejak 20 tahun lalu dihanyutkan arus deras Sungai Pahang kelmarin.

Kejadian berlaku sekelip mata susulan arus deras Sungai Pahang itu menyaksikan sangkar ikan dan rumah rakit berkenaan hanyut kira-kira 10 kilometer sehingga ke Kampung Lebak Seberang.

Seorang penternak ikan sangkar, Zafiz Zah Hamri,35, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, hampir 80,000 ikan pelbagai jenis seperti patin, lampam, baung, kerai dan kelah terlepas dan mati.

“Anggaran kerugian itu kerana banyak ikan mati, terlepas bebas, kerosakan sangkar, rumah rakit yang hilang dan tumbesaran ikan terbantut kerana sensitif dengan perubahan persekitaran.

“Keadaan ini amat membebankan kami yang kini hilang sumber pendapatan dan memerlukan modal bagi membaiki dan membina semula sangkar ikan dan rumah rakit,”katanya di sini semalam.

Seorang lagi penternak ikan sangkar, Ahmad Nawawi Siteh, 37, mengakui telah berusaha memastikan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan mengikat kemas sangkar dengan tali kapal tetapi ia terputus dari ikatan pokok besar berhampiran sangkar.

Katanya, ekoran arus sungai Pahang terlalu deras menyebabkan tali yang mengikat sangkar akhirnya terputus menyebabkan sangkar hanyut dan pecah.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Sangkar Temerloh, Ibrahim Hussein berkata, penternak ikan sangkar yang terkesan akibat banjir diminta mengambil gambar semasa dan selepas kejadian.

Katanya, kerajaan melalui Jabatan Perikanan menyediakan skim bantuan seperti benih ikan, makanan ikan dan lain-lain dan mereka perlu mengisi borang maklumat dan bukti bergambar bagi mengukuhkan permohonan.

“Nanti pekebun terkesan kena maklum kepada Jabatan Perikanan,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN