fbpx
Jho Low (kiri) pernah dilihat berparti bersama beberapa selebriti Hollywood termasuk Paris Hilton (tengah).

[EKSKLUSIF] Hampir sedekad, di mana Jho Low sembunyi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas hampir 10 tahun melarikan diri, Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi buruan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Si­ngapura tetap masih gagal ditahan.

Selepas pertukaran empat Perdana Menteri sejak 2018, Kerajaan Malaysia tetap ber­usaha keras membawa pulang Jho Low untuk diambil tindakan undang-undang terhadap peranannya dalam skandal ra­suah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kali pertama namanya tidak berhenti diperdebatkan dalam kalangan warga dunia apabila beliau muncul berparti dengan selebriti kontroversi Hollywood, Paris Hilton, sehingga wajahnya terpampang di muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa sekitar tahun 2010.

Beliau juga adalah individu yang sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri ­Najib Razak dan keluarganya.

Ketika Najib disabit bersalah kes seleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. yang sebelum ini adalah anak syarikat 1MDB, nama ahli perniagaan itu turut dikaitkan dengan ‘skandal’ syarikat induk berkenaan.

Ahli perniagaan itu juga digelar ‘pakar’ dalam membuat orang lain berasa selesa dengannya.

Mempunyai kehebatan bertutur dalam pelbagai bahasa, sehingga ramai tidak sedar mereka ‘mangsa’ beliau seterusnya.

Sejarah awal individu amat dikehendaki ini adalah dia lahir di Pulau Pinang dan me­rupakan anak kepada jutawan Larry Low dan cucu Lao Meng Tak iaitu ahli perniagaan asal China.

Jho Low bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling dan Uplands School (O-Levels) Harrow School, London (1998-2000) (A-Levels).

Dia belajar di Wharton School of Business, University of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005) (Bachelor of Science in Economics majoring in Finance).

Ketika berusia 20 tahun, dia menubuhkan syarikat Wynton Group dengan modal US25 juta (RM111,1 juta) hasil pelaburan keluarga, kenalan dari Arab dan Asia Tenggara.

Jho Low pernah menjadi broker untuk pelbagai pembelian hartanah di Amerika Syarikat yang mana setiap satunya bernilai jutaan dolar dan mendakwa diri­nya sebagai pihak pelabur.

Dahulunya, Jho Low tidak terlihat dalam menunjukkan kekayaan dimiliki, dan ketika namanya dilabelkan sebagai jutawan, beliau menggambarkan dirinya hanya sebagai ‘penjaga’ rakan-rakan kaya.

Walaupun sedang diburu pihak berkuasa, Jho Low dipercayai masih boleh ‘ke mana-­mana saja’ disebabkan pengaruh politik dan kekayaan dimilikinya.

Apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah di mana ahli perniagaan dalam buruan ini bersembunyi?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN