fbpx
Peniaga telefon bimbit, P. Kuhan Raj dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mengakibatkan kematian Nur Naura Nathifa (gambar kecil).

Bukan pasal duit, tapi pengajaran jangan langgar orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keluarga Allahyarham Nur Naura Nathifa, 7, mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki yang merempuh kanak-kanak itu hingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia.

Bapanya, Mohd. El-Khuwailid Rahim, 37, berkata, tindakan itu bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bagi menuntut keadilan buat puteri tunggal mereka.

Katanya, dia dan isteri, Hidayatul Izzah Ghazali, 37, masih lagi dalam proses mendapatkan peguam terbaik bagi mengendalikan kes ini agar pelaku terlibat dapat dikenakan hukuman seberatnya.

“Ramai yang menawarkan diri untuk membantu, kami masih meneliti untuk dapatkan peguam terbaik, takut ada yang ambil kesempatan pula nanti.

“Apa kami bakal buat ini, bukan soal duit, tetapi sebagai pe­ngajaran untuk pemandu di luar sana. Kami hilang anak sekelip mata, jadi kami mahu keadilan sewajarnya,” katanya.

Menurut Mohd. El-Khuwailid, sehingga kini pelaku atau wa­kilnya masih belum bersemuka dengannya dan isteri.

“Kalaulah dia tampil bantu kami pada malam dia langgar kami, mungkin saya boleh maafkan.

“Kami hanya lihat mukanya ketika dia didakwa di mahkamah semalam (kelmarin) menerusi media sosial,” katanya.

Nur Naura Nathifa maut apabila motosikal yang dinaiki bersama bapanya dirempuh sebuah kereta BMW dalam kejadian di Lebuh Raya Bukit Jalil, di sini, Jumaat lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN