fbpx
PIHAK pengurusan UPNM telah mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah buli membabitkan kadet senior dan junior di universiti tersebut.

EKSKLUSIF: Asingkan senior, junior tangani buli di UPNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diasing mengikut tahun dan blok sejak Oktober lalu sebagai tindakan segera yang diambil untuk mengelak kejadian buli daripada berulang.

Selain itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UPNM telah mengasingkan aktiviti ‘rollcall’ antara pelajar kadet selain turut memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, pelajar kadet tahun 1 ditempatkan di Blok Bukit Putera manakala bagi tahun dua hingga empat di Blok Kasturi sejak Januari lalu.

“Selain itu, UPNM telah melaksanakan pengasingan aras mengikut tahun pengambilan sejak Oktober lalu.

“Berdasarkan maklumat berkenaan kes terbaharu, saya difahamkan kejadian itu berlaku di padang kawad dan bukannya di kawasan yang mempunyai CCTV. kita sedang menunggu laporan daripada hasil siasatan,” katanya kepada Kosmo!.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas kes buli terbaru membabitkan pelajar tahun satu UPNM hingga mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior.

Dalam pada itu, Mohamaed Khaled membidas tuduhan segelintir pihak mengatakan UPNM sebagai universiti pembuli sebagai tidak wajar memandangkan pelajar kadet hanya berjumlah 400 orang berbanding keseluruhan penuntut sekitar….. Pelajar.

MOHAMED KHALED

Tambahnya, pelajar kadet berada dalam satu penempatan sama melibatkan tahun satu hingga empat yang mana mereka akan bertemu setiap hari dan mengetahui siapa senior dan junior.

“Berbeza dengan pelajar lain, tempat tinggal mereka dicampurkan dalam pelbagai jurusan, seterusnya mungkin tidak akan mengetahui status junior atau senior selepas habis orientasi kerana tidak berjumpa setiap hari,” katanya.

Ujar Mohamed Khalid, kadet pula akan bertemu setiap hari dan mengetahui siapa berada di tahun satu, dua, tiga, dan empat yang memungkinkan kejadian buli itu berlaku.

“Saya tegaskan pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar kadet yang melanggar peraturan selain tidak teragak-agak untuk memberhentikan mereka,” katanya.

Menurut Mohamed Khaled, Kementerian Pertahanan akan memberi kerjasama kepada polis berhubung siasatan kes melibatkan undang-undang negara.

“Sebagai seorang kadet yang ditaja, soal dia dalam universiti, ia berada bawah KPT. Tetapi, dia sebagai anggota kadet, kemungkinan hukuman paling berat ialah diberhentikan dan perlu bayar balik tajaan.

“Maka, soal dia dengan pihak UPNM, sama ada disambung pengajian atau sebaliknya, itu biar pihak sana tentukan,” jelasnya.

Semalam Kosmo! melaporkan polis sedang menyiasat kes seorang pelajar tahun satu UPNM yang cedera parah akibat dipijak senior bulan lalu.

Kejadian itu berlaku pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang penuntut universiti sama yang melecur di badan akibat ditekap dengan seterika oleh penuntut senior.

Sebelum ini, Pegawai kadet senior Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, Amirul Iskandar Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan penuntut junior menggunakan seterika wap panas pada 22 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN