fbpx
Potongan baju yang ranggi menyerlahkan gaya berani.

Gaya berani, inspirasi tahun ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEREKA fesyen terkenal tanah air, Melinda Looi baru-baru ini kembali menganjurkan acara tahunannya yang ditunggu-tunggu iaitu Melinda Looi Fashion Suite edisi 2024 bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Sewaktu tahun baharu bakal menjengah tidak sampai dua bulan lagi, acara tersebut yang juga menjadi acara eksklusif bagi pengasas label Mell by Melinda Looi itu melancarkan dua koleksi terbaharunya untuk 2025, ia turut diadakan bagi meraikan jenama tempatan lain dalam satu acara sama.

Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat pertunjukan fesyen bagi koleksi Tahun Baharu Cina 2025 Melinda Looi yang quirky dan penuh kelainan, bahkan mereka juga berpeluang melihat koleksi barangan seni daripada jenama-jenama tempatan lain yang turut dipamerkan.

Antara yang turut serta ialah Chercher, The Chic Initiatives, Asian Scent Co., Hidden Bloom, Little Black Pastry Box, Gung, Inari Studio, Mtm Labo, Chocolate Concierge dan

Jep Image Aesthetic yang menjual pelbagai produk seperti barangan fesyen dan kecantikan.

Ujar Looi, ini adalah sebagai memenuhi permintaan ramai yang mahu melihat lebih banyak jenama tempatan diperkenalkan Looi pada acara tersebut.

“Setiap tahun, Melinda Looi Fashion Suite mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada tetamu jemputan dan juga pelanggan yang datang.

“Oleh sebab itu saya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan label baharu setiap kali acara ini diadakan sebagai memberi pendedahan dan pengalaman menarik bukan sahaja dalam kalangan usahawan ini tetapi juga kepada pengunjung,” katanya.

Rona-rona terang seperti hijau neon dan biru mendominasi koleksi ini yang diinspirasikan daripada fesyen Y2K.

Bercakap tentang pelancaran koleksi terbaharunya pula, Looi memperkenalkan koleksi Tahun Baharu Cina 2025 Mell by Melinda Looi iaitu MELLEAGRIS dan juga ‘In The Mood of Looi’

Menerusi MELLEAGRIS, Looi menampilkan 12 busana yang diinspirasikan daripada tahun ular yang merupakan zodiak haiwan tahun 2025.

Busana ceongsam dengan potongan moden dan edgy yang mendominasi koleksi menyerlahkan gaya berani.

Ujar Looi, ular merupakan zodiak yang melambangkan perubahan, gerak hati dan godaan yang menjadi inspirasi bagi koleksi tersebut.

“Kami membawakan semangat berani daripada gaya fesyen Y2K bagi koleksi ini menerusi pemilihan warna yang berani dan siluet bersifat futuristik.

“Tekstur pada pakaian pula adalah diinspirasikan daripada gaya fesyen awal tahun 2000.

“Memandangkan Tahun Baru Cina 2025 bakal menjelma, MELLEAGRIS bakal memberikan pencinta fesyen cara yang lebih segar untuk menggabungkan tradisi sambil meraikan gaya unik mereka,” katanya.

Jika MELLEAGRIS diinspirasikan oleh gaya fesyen Y2K, koleksi ‘In The Mood of Looi’ pula menampilkan busana klasik yang lebih feminin.

Jelas Looi, koleksi ini diinspirasikan oleh satu filem Hong Kong bertajuk In The Mood For Love.

Filem tersebut meraikan gaya klasik 1960-an yang diserlahkan Looi menerusi siluet vintaj dan penggunaan fabrik seperti sutera, broked dan renda.

Ia seterusnya menghasilkan gaya klasik bak bintang filem, sekali gus menyerlahkan gaya pemakai.

Kedua-dua koleksi itu boleh dibeli di laman web Melinda Looi dan semua cawangan Mell by Melinda Looi di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN