fbpx
LOKASI yang menarik minat orang Malaysia dinamakan Paina Nara di Narathiwat.

Boleh makan siakap besar betis di Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP kali cuti sekolah mesti berpusu-pusu rakyat negara ini ke Thailand, maklumlah itulah luar negara yang mampu milik untuk kita ‘healing’.

Itu sahajalah juga luar negara yang boleh memandu sendiri kereta dengan membawa duit kepuk-kepuk. Jika ke Singapura serba-serbi mahal dan banyak tertibnya.

Jika mahu balik hari (tidak bermalam) sekeluarga RM400 sudah cukup dengan membeli-belah seperti orang kaya di Thailand.

Jadi tidak hairanlah ramai orang memilih melancong ke selatan Thai berbanding ke Langkawi atau Pulau Pinang. Kos untuk penginapan di dua tempat ini agak mahal jika kita sudah berkeluarga.

Baru-baru ini ada seorang teman mempersoalkan dan menceritakan tempat menarik di Narathiwat, Selatan Thailand yang cepat membangun apabila ramai rakyat Malaysia sering berkunjung ke sana.

Banyak kawasan dulunya semak-samun kini sudah didirikan hotel-hotel kecil yang nampak eksklusif tetapi murah.

Orang Thailand cepat membaca minat orang Malaysia yang suka bergambar apabila menyediakan kawasan menarik untuk dijadikan ‘modal’.

Di Narathiwat satu kawasan yang menjadi minat orang Malaysia dinamakan Paina Nara dengan bayaran masuk serendah RM4 kita boleh bergambar sepuas hati.

Jika dilihat tempat itu biasa sahaja, banyak kawasan seumpama itu ada di jajahan Kota Bharu tetapi di­sebabkan orang Thai kreatif, mereka berjaya menjadikan jerami dan buluh untuk dijadikan tempat bergambar.

Tempat makan di daerah itu juga sangat sedap berbeza sungguh dengan tomyam di Kota Bharu. Ada yang kata di semua daerah Thailand, di Narathiwat adalah yang paling sedap air tangannya.

Di daerah itu kita boleh makan ikan siakap sebesar betis orang dewasa, udang sebesar penumbuk sepuas­nya hanya kos RM100 untuk lima orang dewasa.

Paling penting restoran di situ boleh menyiapkan pesanan dalam tempoh kurang 20 minit walaupun ­pelanggan ramai.

Suasana makan di situ juga sudah berubah wajah dengan binaan bangunan yang lebih moden seolah-olah kita berada di luar negara Eropah. Itulah ­penangan berbezanya Selatan Thai 20 tahun dahulu dan sekarang.

Sepatutnya orang Kota Bharu tidak boleh ambil mudah apa yang orang Selatan Thai itu lakukan kerana ekonomi pelancongan di situ semakin rancak.

Dengan jerami dan buluh sahaja boleh menyediakan tempat menarik untuk pelancong bergambar dengan mengenakan caj RM4 sekali masuk. Hotel serendah RM80 juga boleh disediakan ditambah servis yang se­perti penginapan lima bintang.

Negara Thailand juga telah menggunakan pempengaruh yang boleh bercakap dialek Kelantan untuk mempromosikan kawasan pelancongan mereka. Terbaik mereka. Kita hanya gigit jari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN