fbpx

Cef dipenjara tikam lelaki tenung teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Montoya

LONDON – Seorang cef dijatuhi hukuman penjara tiga tahun sembilan bulan oleh Mahkamah Inner London Crown kelmarin selepas dia didapati bersalah menikam seorang lelaki, lapor akhbar Daily Star.

Fabio Montoya, 27, dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah menikam plaintif, Diego Olave di leher menggunakan pisau stik dalam satu kejadian pada 27 September tahun lalu.

Pendakwa raya, Gareth Munday berkata, Montoya didakwa melakukan perbuatan itu akibat berang Olave merenung teman wanitanya semasa mereka sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran.

“Olave didapati merenung teman wanita Montoya sebelum defendan menyuruh plaintif supaya berhenti berbuat demikian.

“Plaintif kemudian mengeluarkan kata-kata kesat terhadap defendan dan teman wanitanya sebelum diminta untuk keluar dari restoran berkenaan,” katanya.

Mahkamah diberitahu, ketika diiringi keluar dari restoran, Olave sempat menggelar teman wanita Montoya sebagai pelacur dalam bahasa Sepanyol.

Munday berkata, akibat berang dengan tindakan Olave, Montoya mengambil pisau stik yang ada di atas mejanya lalu menikam plaintif.

“Selepas menikam leher plaintif, defendan menoreh muka Olave bertujuan untuk menyebabkan kecacatan,” ujarnya.

Mahkamah diberitahu, Montoya kembali ke restoran untuk meminta maaf kepada pekerja di situ dan memulangkan pisau yang digunakan serta membayar bil makanan yang dipesannya pada hari kejadian.

Defendan ditahan pada bulan lalu dan mengaku menyerang plaintif semasa disoal siasat polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI