Pemandu teksi di Johor Bahru antara golongan yang terjejas ekoran kegiatan prebet sapu dari negara jiran.

‘Kami terpaksa bersaing dengan e-hailing, prebet sapu Singapura’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kegiatan haram kenderaan sewa asing di sekitar bandar raya ini yang beroperasi secara berleluasa boleh menutup periuk nasi pemandu teksi tempatan sekiranya tidak ditangani dengan segera.

Kebimbangan itu disuarakan golongan tersebut yang meng­akui pendapatan mereka merosot susulan kewujudan prebet sapu mewah dari negara jiran yang beroperasi secara haram di sekitar Johor Bahru.

Selain pendapatan terjejas, antara isu lain yang dibangkitkan adalah soal keselamatan pengguna atau penumpang kenderaan haram tersebut.

Pemandu teksi Johor Bahru-Singapura, Mazlan Ali, 56, berkata, ketika ini, dia bukan sahaja terpaksa bersaing dengan kenderaan e-hailing, tetapi juga prebet sapu dari Singapura.

“Perkara ini bukan berlaku dalam masa sehari dua, tetapi mereka sudah lama menjalankan aktiviti haram tersebut selama bertahun-tahun lamanya.

“Mereka seolah-olah ‘kebal’ daripada undang-undang dan bebas mengambil penum­pang tanpa rasa takut, malah ada yang berlagak seperti samseng,” katanya.

Seorang lagi pemandu teksi, Kasturi Abdul Rahman, 57, memberitahu, biasanya per­khidmatan kenderaan sewa dari Singapura itu ditawarkan oleh individu dan syarikat atau sindiket yang masuk ke Johor Bahru untuk mengambil pelancong di hotel dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ).

Menurut Kasturi, mereka kemudian akan membawa penumpang ke destinasi yang ditempah tanpa permit.

“Sudahlah bergerak secara haram, apabila berada di jalan raya mereka pandu kenderaan secara laju. Apa yang membimbangkan sekiranya berlaku musibah kemalangan atau sebagainya. Kita takut mereka akan lepas tangan.

“Ini akan memburukkan imej industri pengangkutan negara kita dalam soal keselamatan dan penguatkuasaan,” ujarnya.

Kasturi yang sudah lebih 20 tahun bergelar pemandu teksi berharap pihak berkuasa negara ini memandang serius isu ken­deraan sewa yang beroperasi secara haram di sekitar Johor Bahru.

“Pihak berwajib perlu menjalankan operasi berkala dan ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang negara ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN