fbpx
KJ mempunyai pakej yang lengkap untuk mendaki tangga dunia seni.

Cara ‘tersurat’ KJ kembali berpolitik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Rasanya, sudah cukup waktu diberikan buat susuk politik Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ berliburan atau berbulan madu di lapangan seni seni atau lebih tepatnya, bidang penyiaran radio.

Jumaat lalu, KJ, 48, diangkat sebagai Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), sekali gus membuktikan beliau ada pengikut tersendiri.

Penulis bukan tidak menyokong kerjaya seni KJ yang semakin hari, semakin berkemilau.

Sejujurnya bekas Menteri Kesihatan itu mempunyai pakej yang lengkap untuk mendaki tangga dunia seni.

Beliau memiliki raut wajah, ketinggian, skil perhubungan awam dan segala-galanya untuk bergelar seorang anak seni namun, ayuh jangan dinafikan apa yang sebetul-betulnya keringat yang perlu dikerah daripada figura tersebut.

Apa yang sebenar-benarnya yang rakyat Malaysia perlukan daripada KJ adalah geliga otak, idealogi dan sentimen politiknya dalam terus memacu negara ke arah yang lebih maju kehadapan.

Tidak salah beliau mewarnai dunia hiburan bahkan di luar Malaysia pun dalam cabang kerjaya politik, ramai sudah membuktikannya.

Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-40, mendiang Ronald Reagan juga pernah menceburi bidang seni dengan menjadi pelakon.

Ketika mendiang aktif dalam bidang lakonan, beliau juga tidak terkecuali menyumbang kepada industri tersebut secara profesional apabila menjawat jawatan sebagai presiden kesatuan filem di sana iaitu Screen Actors Guild sebanyak dua penggal (1947-1952 ) dan (1959-1960).

Sepanjang bergelumang dalam dunia seni lakonan, Reagan muncul dalam lebih kurang 53 buah filem, namun tetap meninggalkan dampak tersendiri dalam dunia politik AS sebagai antara presiden yang disenangi ramai.

Secara peribadi, penulis melihat masa depan KJ sebagai prospek pemimpin negara masih cerah meskipun sekarang masih samar-samar apa langkah lanjut susuk itu untuk merelevansikan namanya dalam kancah politik.

Kita tengok dan dengar bebelan beliau di audio siar Keluar Sekejap dan kerjaya ‘sambilannya’ sebagai penyampai radio di Hot FM, namun jangan dilupakan bahawa kita perlukan idealogi orang muda untuk terus memacu kemajuan negara yang kini berada di landasan terbaik dari segi ekonomi dan sosial di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Barangkali, KJ sekarang sedang maneuver atau mengemudi kembali jalan memacu nama sebagai seorang ahli politik dan tidak salah, seni atau hiburan dijadikan sebagai tempat persinggahan sementara kerana seperti nama agung seperti Ronald Reagan juga tidak terkecuali.

KJ sendiri mengakui bahawa hiburan bukan dunianya tetapi memberi tempat berteduh dalam pada tergelincir dari lapangan politik.

“Dunia politik bukan dunia saya, saya datang dari dunia politik. Tetapi saya tergelincir dari dunia asal saya dan dibuang (mungkin seketika, mungkin lama).

“Dunia hiburan dan media yang agak asing bagi saya telah menawarkan tempat untuk berteduh,” ujarnya.

Harapan buat KJ andai suatu hari beliau naik sebagai orang nombor satu negara, bantulah dunia hiburan tempatan yang secara peribadi dari kaca mata penulis, semakin hari semakin bergerak terbelakang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN