fbpx

Tak sempat seludup 140kg gula dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampit gula yang dirampas di dalam sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita di pangkalan haram Paija, Tumpat semalam. FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Seorang wanita tidak sempat menyeludup sebanyak 140 kampit gula bernilai RM410 dengan setiap satunya seberat 1 kilogram selepas kereta yang dia pandu ditahan di pangkalan haram Paija, di sini semalam.

Suspek yang berusia 23 tahun itu dicekup kira-kira pukul 6 petang semasa Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota PGA menahan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek di kawasan pangkalan haram tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta itu kemudian menjumpai gula seberat 140 kg di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai berperanan sebagai penghantar untuk menyeludup gula pasir tersebut ke negara jiran.

“Kesemua hasil rampasan diserahkan kepada kompeni taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di kawasan sempadan negara.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI